Sabtu, 25 April 2020

KEK MARBLE PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

KEK MARBLE PRESSURE COOKER


Cantik kejadiannya kan...

Selain air fryer, tools yang famous zaman sekarang yang mesti ada di dapur adalah pressure cooker...Selain mampu menjimatkan masa memasak terutamanya untuk merebus tulang,pressure cooker boleh juga digunakan untuk membakar kek...


Jom kita intai sama-sama resepi kek marble menggunakan pressure cooker...


Sejuk dan boleh dipotong....menarik jer coraknyer kan...


BAHAN-BAHAN :


4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovalette
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan serbuk koko
 1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik(bluekey)
*tepung berserbuk penaik bukan serbuk penaik ye atau dalam Bahasa Inggerisnya (self-raising flour bukan baking powder...dua bahan yang berbeza...kalau 'baker' atau yang biasa buat kek mesti boleh bezakan dua bahan ni...sedihlah sis rasa๐Ÿ˜ข...sebab ada yang pertikai kata resepi ni tak betul...tapi sebenarnya tak baca betul-betul apa bahan yang ditulis...kata resepi yang salah pulak...huhu...memang tak logik kalau serbuk penaik diguna banyak macam tu ... tapi  yang logik  adalah tepung beserbuk penaik (ready made)yang digunakan... memang  tepung ni dah siap jual kat bakery/pasaraya..."blue key" jenama tepung tu. Di dalam resepi tertulis tepung beserbuk penaik...bukan serbuk penaik.Sebagai seorang baker dan penulis blog ni rasa sentap juga bila ada yang kata resepi ni salah walhal apa jua resepi yang saya up dalam blog kesayangan saya ni adalah resepi yang telah saya buat berulang-ulang kali, menjadi dan saya gunakan untuk jualan. Mana mungkin saya up resepi yang salah๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

      
Sumber google 
Sesiapa yang belum kenal tepung berserbuk penaik jenama bluekey inilah bentuk & rupanya yer...Jangan silap faham lagi yer...bukan serbuk penaik...huhu
  


CARA MEMBUATNYA :

Masukkan telur,gula kastor,esen vanilla dan ovalette di dalam bekas.

Pukul bahan-bahan tadi dengan mixer dengan kelajuan tinggi anggaran 10 minit.


Masukkan pula susu pekat dan mix lagi hingga sebati.

Kemudian,masukkan minyak masak dan mix lagi sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Kaup balik menggunkan senduk kayu.


Buat hingga tepung habis.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.


Satu bahagian warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk koko.


Satu bahagian campurkan dengan 2 sudu serbuk koko.

Gaul sebati adunan yang dicampur dengan serbuk koko.

Lapikkan kertas ke dalam loyang.

Masukkan satu senduk adunan kek warna asal ke dalam loyang.

Sendukkan pula adunan warna koko dan lapiskan ke atas warna asal. Ulangkan melapis warna asal dan koko sehingga habis.

Lorekkan bahagian permukaan kek dengan belakang sudu ataupun lidi.

Masukkan loyang ke dalam periuk pressure cooker.Laraskan tombol steam dan tekan button 'cake'.Tertera 25 minit.

Setelah cukup 25 minit,releasekan steam,cucuk permukaan kek dengan lidi,kalau tak melekat maksudnya dah masak...kalau masih melekat boleh tambah masa memasak...


NOTA :Saya menggunakan pressure cooker jenama "PRIMADA". Mungkin pressure cooker jenama lain berbeza cara setting utk membakar kek dan masa membakar. Jadi, kena kenal periuk anda sendiri yer...saiz loyang juga mempengaruhi masa pembakaran. Disebabkan saya menggunakan loyang saiz "6inci" maka masa pembakaran hanya mengambil masa 25 minit sahaja.

* Selepas 25 minit, anda perlu test kek anda samada sudah masak/belum dengan menyucuk bahagian tengah kek dengan cake tester/pisau... sekiranya masih melekat bermaksud belum cukup masak...apa perlu dibuat ialah dengan menambah sahaja masa membakar...

* Satu lagi sebab kegagalan kek yang dibuat adalah mungkin disebabkan tesktur kegebuan adunan...pastikan testur yang terhasil selepas di "mixer' adunan betul-betul gebu dan tidak cair...barulah kek boleh jadi elok/ dan menjadi lembut/tak keras kejung selepas dibakar.


SELAMAT MENCUBA!!!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

8 ulasan:

Unknown berkata...

Salah resepi, mana ada 1 1/2 cawan serbuk penaik

Fieza berkata...

Dalam resepi tertulis dengan jelas 1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik jenama (bluekey)...cuba baca betul-betul...bukannya serbuk penaik memanglah tak logik...resepi tu tak salah...memang betul...

Tanpa Nama berkata...

Haha.. Penat je ikut resipi. X jadi langsung.. Tah mana la silapnya.. Mohon jng share klu x complete arahan.

Fieza berkata...

Mungkin setting pressure cooker anda tak sama disebabkan jenama periuk yang berbeza...saya menggunakan pressure cooker "PRIMADA" memang begitu sukatan dan cara membuatnya... tidak perlu salahkan resepi sekiranya anda tidak begitu kenal dengan pressure cooker anda sendiri dan kek anda tidak menjadi...saya share resepi ini kerana resepi ni saya selalu buat dan menjadi utk pressure cooker saya...mgkn settings periuk saya 25 minit kek dah masak...mgkn setting periuk anda 35-45minit baru kek masak...

Na jasmin berkata...

Mohon shera ya ..sy baru beli pressure primada..harap2 menjadi

Fieza berkata...

Boleh sis...pastikan guna loyang bersaiz 6 yer...sbb resepi ni utk kek saiz loyang 6 inci...kalau kek saiz besar sikit kena tambah masa pembakaran.
Kalau adunan kek besar boleh setting sendiri masa pembakaran...tekan pressure holding setting 45minit-60minit...bergantung kepada saiz dan ketebalan kek...selamat mencuba yer...

Lagoskaf berkata...

semua pressure cooker blh guna utk resepi ni ke? nak beli satu baru baru nie tapi tak pasti nak brand mana ... tefal ke atau pressure cooker la gourmet ni

Fieza berkata...

Rasanya semua pressure cooker ada function bakar kek. Mungkin boleh cuba...kalau berjaya boleh komen di sini yer...