Tart gulung nenas |
Tart gulung nenas....biskut wajib buat setiap tahun ...
Bahan-bahan :
1 cawan / 4 sudu makan butter
2 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
3 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
Inti jem dibulat-bulatkan |
Kuning telur + sedikit air + sedikit pewarna oren (untuk gliss)
Cara membuatnya :
1. Gaul sebati butter,minyak sapi, susu pekat & esen vanilla .Guna senduk kayu jer .
2. Masukkan pula telur dan gaul lagi hingga sebati .
3. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh & tidak melekat pada tangan. Kalau masih lembik tambah tepung jagung sedikit demi sedikit .
4. Panaskan oven 160'c selama 10 minit .
5. Terap doh dengan acuan semperit lebih kurang 3 inci.
6. Letak inti jem nenas yang telah dibulat-bulatkan.Gulung kemas.
7. Glisskan sedikit di bahagian atas tart .
8. Bakar pada suhu 160'c selama 25 minit.
9. Biarkan sejuk & simpan dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA !!!😋