Daging masak hitam |
DAGING MASAK HITAM
Bahan-bahan :
1 kg daging -dipotong -rebus hingga empuk
Bahan kisar :
5 batang serai
15 tangkai cili kering
4 inci halia
5 biji bawang besar
5 biji buah keras
1 labu bawang putih
Bahan perisa
1/2 botol kecil kicap pekat manis JALEN warna merah
2 sudu makan gula
5 sudu makan gula merah
3 sudu makan air asam jawa diramas dengan air.
Sedikit garam
Bawang besar dimayang
Cara-caranya :
# Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar .Tumis hingga pecah minyak dengan api kecil.
#Masukkan daging & masak sebentar.
# Masukkan air asam jawa,gula, gula merah & garam. Masak hingga kuah agak pekat.
# Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋