Isnin, 13 Mei 2019

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum  & salam  Ramadhan ...

Daging  masak  hitam


DAGING  MASAK  HITAM

Bahan-bahan :
1 kg  daging -dipotong -rebus hingga  empuk

Bahan kisar :
5 batang  serai
15 tangkai  cili  kering
4 inci  halia
5 biji  bawang  besar
5 biji  buah  keras
1 labu  bawang  putih

Bahan  perisa
1/2 botol  kecil  kicap  pekat  manis JALEN warna  merah
2 sudu makan  gula
5 sudu  makan  gula  merah
3 sudu  makan  air  asam  jawa  diramas  dengan  air.
Sedikit  garam
Bawang  besar  dimayang


Cara-caranya :
# Panaskan minyak. Masukkan bahan  kisar .Tumis  hingga  pecah  minyak dengan  api  kecil.
#Masukkan  daging  & masak  sebentar.
# Masukkan  air asam  jawa,gula, gula  merah & garam. Masak  hingga  kuah  agak  pekat.
# Sedia  untuk  dihidang.


SELAMAT  MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: