Fetucini goreng |
Menu bersahur santapan sahur pagi tadi....Fetucini goreng ...cepat...mudah & semestinya sedap ..
Bahan-bahan :
1 mangkuk fetucini yang telah dicelur
5 batang sosej -potong kecil
3 keping fishcakes-potong nipis
* 3 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* tumbuk lumat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan knorr pasti sedap
1 pokok sawi -potong kecil
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya :
# Panaskan sedikit minyak .Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau .
# Masukkan cili kisar & tumis hingga cili masak .
# Masukkan pula sos tiram,sos cili & knorr pasti sedap. Gaul sebati .
# Kemudian, masukkan pula sosej & fishcakes .Masak sebentar.
#Masukkan pula sawi & masak hingga sedikit layu.
# Masukkan fetucini & gaul sebati.
# Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan