Assalamualaikum dan salam 18 Ramadhan...
Menu mee lagi untuk berbuka... Mee goreng basah & yong taufu... Mudah dimasak dan sedap dimakan...
Untuk resepi yong taufu telah di post sebelum ni...
BAHAN-BAHAN :
2 bungkus mee kuning - basuh & toskan
6 ulas bawang putih - ketuk
2 sudu makan cili kisar
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap manis secukupnya
Sawi - potong
10 ekor udang - buang kulit & ususnya
5 ekor sotong - siang dan potong kecil
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Daun bawang - potong kecil & tabur sebagai hiasan
Caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis. Biar masak sebentar.
4. Kemudian, masukkan udang, sotong & batang sawi. Masak sebentar.
5. Masukkan sedikit air. Seterusnya masukkan mee kuning & gaul sebati.
6. Masukkan daun sawi & masak hingga layu.
SELAMAT MENCUBA!!!
Memaparkan catatan dengan label MEE GORENG BASAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEE GORENG BASAH. Papar semua catatan
Khamis, 23 Jun 2016
Ahad, 10 Mei 2015
MEE GORENG BASAH
Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
1 cawan isi ayam yang dihiris nipis
2 batang fishcake
6 biji bebola ikan- dipotong 2
1 pokok sawi - dipotong kecil
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak masak
2 biji telur
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam, fishcake dan fishball. Masak sebentar.
4. Masukkan air, sos tiram dan kicap pekat. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan mee dan sawi kemudian gaul rata. Pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
6. Biarkan telur masak sedikit, barulah dikacau dan digaul rata.
7. Masakkan mee hingga sedikit pekat @ mengikut kepekatan yang disukai.
8. Siap dan boleh dihidang.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...