Nasi ambeng.... Kalau orang jawa mesti tahu ... Antara menu favourite masyarakat jawa & famous semasa kenduri kendara ..
Menu ni ada penggemarnya sendiri walaupun bukan orang jawa.. .Sesiapa pernah makan mesti tau keenakannya...
Tapi kat utara ni payah nak jumpe ...Kalau teringin nak makan alamatnya memang kena masak sendiri lah ...
Nasi ambeng banyak versi .....ada perbezaan sikit mengikut tempat...yang saya nak share di sini nasi ambeng mesti ada :
1.Nasi putih
2.Ayam masak kicap
3. Sambal goreng jawa ( yg ni pun byk versi)
4. Mee goreng( ada yg pakai bihun goreng)
5. Serunding kelapa
6. Ikan masin bulu ayam
Ada nasi ambeng siap boh begedil daging & rempeyek... Tapi saya tak letak ...
6 elemen ni pun rasanya dah lengkap....
Memang renyah nak siapkan menu nasi ambeng ni tapi hasilnya .. Memang puas makan .. Lagi2 dihidang di dalam dulang & makan beramai-ramai anak beranak...
Saya akan sharekan 6 elemen nasi ambeng ni satu persatu untuk rujukan diri sendiri & sesiapa yang berminat ...
STEP 1 : Penyediaan nasi putih
# Masak nasi seperti biasa
STEP 2 : Penyediaan ayam masak kicap
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 4,lumur sedikit garam & serbuk kunyit & goreng hingga 1/2 masak
* 5 biji bawang ros
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
* kisar halus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah
2 senduk kicap manis
1 batang serai - ketuk
#Rempah sekawan
#Sup bunjut
# saya guna 1 peket rempah sup tulang adabi
Cara-caranya :
Panaskan sedikit minyak .Tumis rempah sekawan & serai.
Masukkan pula bawang besar & masak sebentar .
Masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan pula kicap manis & gaul sebati .
Masukkan pula ayam yang telah digoreng & gaul sebati .
Masak hingga ayam sebati & mesra dengan kuah .
STEP 3 : Penyediaan Sambal Goreng Jawa
Sambal goreng jawa banyak versi .Resepi yang saya nak share adalah resepi turun temurun yang saya belajar dari arwah mak ....nak tahu step by step secara bergambar boleh klik sini .
Bahan-bahan:
2 keping tauhu - potong kecil & goreng
2 keping tempe - potong kecil & goreng
3 biji kentang - potong kecil & goreng
Fucuk & suhun - direndam
10 biji fishball - potong 2
2 biji cili merah - potong serong
2 biji cili hijau - potong serong
1 senduk kicap manis
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
* 4 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* blender lumat
Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah & bawang putih yang diblender tadi.
2. Masukkan pula cili merah & cili hijau yang dipotong serong .Masuk pula cili kisar .Tumis sebentar .
3. Masukkan kicap manis. Gaul sebati .
4. Kemudian ,masukkan fishballs & biarkan masak sebentar .
5. Masukkan tempe, tauhu, kentang & gaul sebati.
6. Masukkan pula fucuk &suhun.
7. Akhir sekali, masukkan sos tiram & gaul sebati .
8. Tutup api .
STEP 4 : Penyediaan mee goreng
Bahan-bahan:
1 peket mee kuning - basuh & toskan
3 ulas bawang merah -hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam halus
10 biji fishballs - potong 2
Taugeh
Sawi
Cara-caranya :
Panaskan sedikit minyak .Tumis bawang merah & bawang putih.
Tumis hingga agak garing .Masukkan pula cili kisar & tumis sebentar .
Masukkan pula sos cili,sos tiram & sos tomato .Gaul sebati .
Masukkan pula kicap & gaul sebati .
Masukkan pula taugeh & sawi .
Kemudian, masukkan mee kuning & gaul sebati.
Masak sebentar hingga mee betul-betul sebati dengan bahan-bahan tadi .Tutup api.
STEP 5 : Penyediaan serunding kelapa
Bahan-bahan :
1 mangkuk kelapa parut
2 sudu makan cili kisar
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1 sudu kecil ketumbar
* 1 sudu kecil jintan manis
* 3 batang serai
* 2 sudu makan udang kering
* 3 ulas bawang putih
* 3 ulas bawang merah
* Blender lumat
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula
Cara- caranya :
Panaskan sedikit minyak .Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula cili kisar & gaul sebati .
Kemudian, masukkan kelapa parut & gaul sebati .
Gaul sebati & goreng kelapa parut hingga garing & kering.
STEP 6 : Penyediaan ikan masin bulu ayam
#Basuh ikan masin & goreng hingga garing.
6 Steps penghasilan nasi ambeng ....memang bercinta di dapur....tapi hasilnya memang berbaloi .. Kepuasan makan nasi ambeng ni dapat dirasai jika dapat dihidangkan di dalam dulang & makan beramai-ramai ...alahai ....nikmatnya ...
SELAMAT MENCUBA !!! 😋😋😋