Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK SAMBAL BILIS AYAM GORENG BEREMPAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK SAMBAL BILIS AYAM GORENG BEREMPAH. Papar semua catatan

Ahad, 18 Ogos 2019

NASI LEMAK+ SAMBAL TUMIS IKAN BILIS + AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP SANGAT

Assalamualaikum & selamat malam...



Menu hari ni sangat mudah ... Bak kata menu untuk 'branch (breakfast + lunch)...masak lebih sikit untuk  dinner sekali....jimat pun jimat...
Nasi lemak  super mudah.... Yang pastinya sedap dan lazat...

Untuk resepi  nasi  lemak  boleh klik SINI dan step by step  cara memasak nasi lemak boleh klik  SINI...



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Segenggam ikan bilis - basuh dan goreng hingga garing

2 biji bawang besar -hiris  bulat

Bahan kisar
2 genggam cili kering
3 biji buah keras
6 ulas bawang merah
5 ulas  bawang putih
1 inci  belacan

2 sudu kecil garam halus
8 sudu makan  gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 sudu kecil asam jawa bancuh dengan sedikit air
Serbuk perasa secukupnya.

Cara  memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis separuh bawang besar hingga layu.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa & gula. Gaul sebati dan biarkan hingga sambal bertukar warna merah gelap.
4. Masukkan  pula garam ,separuh lagi bawang besar dan ikan bilis. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
5. Sedia untuk dihidang.




AYAM  GORENG BEREMPAH
1 mangkuk isi ayam dipotong kecil
2 sudu kecil garam halus
Serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit serbuk jintan manis
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kari
# 2 batang serai & 3 ulas bawang putih diblender .

* Gaul semua bahan dengan isi ayam .Perap 1jam. Lagi lama lagi sedap .
* Goreng dengan minyak yang banyak hingga garing .
* Sedia  untuk dihidang.


AKSESORI LAIN
Timun -potong serong
Telur  rebus


SELAMAT MENCUBA!!!😋