Pisang goreng rangup |
Sebelum ni tercari-cari resepi bancuhan tepung goreng pisang yang rangup dan kekal rangup walaupun dah sejuk....dah macam-macam resepi cuba memang menjadi ...Ada guna campuran tepung gandum,beras,jagung,minyak panas,butter,telur...hmmm...banyak sangat ... Nak bahan yang simple jer ...dan alhamdulillah cubaan kali ni menjadi....guna tepung gandum & air kapur jer ...hasilnya memang rangup krup krap krup krap...walaupun dah sejuk...lepas ni kalau nak goreng apa-apa yang guna bancuhan tepung guna resepi ni jer ....
Bahan bancuhan tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil air kapur makan
1 sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya
Pisang kebatu |
Kupas & potong |
Pisang kebatu/nipah (kupas & potong)
* nak guna pisang lain pun boleh.. .Pisang tanduk/pisang nangka pun sedap ...
Bancuhan tepung |
# Bancuh semua bahan dengan air secukupnya...jangan pekat sangat ...Jangan cair sangat ...
# Nak dapatkan pisang goreng yang betul-betul rangup goreng dalam minyak yang banyak & betul-betul panas .
# Api kena kuat .
Bahan sambal kicap |
Sambal kicap
20 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam halus
# Tumbuk cili & bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap,gula & garam. Gaul sebati .Kalau pekat sangat boleh tambah sedikit air.
SELAMAT MENCUBA!!!😋