Sambal belacan buah kuini |
Hari ni dah masuk hari ke-21 umat Islam berpuasa...masuk fasa ke-3 berpuasa ...& hari ni jugak siap awal memasak...maka dapatlah meng'update' & share resepi-resepi...
Untuk juadah berbuka malam ni....teringin nak makan sambal belacan buah kuini ...kalau orang kedah sebut buah kuinin ....apa2 jelah kan ...yang penting merujuk kepada buah yang sama ....
Uniknya kat kedah ni ...Macam2 jenis sambal belacan & kerabu juga pelbagai ulam-ulaman jadi santapan kekadang daun & pucuk yang tak disangka boleh dimakan pun boleh dibuat ulam...
Tapi sebab saya ni orang Johor dah duduk lama kat sini pun tak boleh nak telan semua jenis ulam-ulaman ni ...sebab dari kecik tak pernah makan kan .. Ulam timun jer makan .. Tapi setakat daun ulam raja masih lalu nak telan ...
Berbalik kepada sambal belacan.. .Hmm ...Memang sedap-sedap terutamanya sambal belacan kerisik, sambal belacan mangga, macam2 jenis sambal belacan...yang tu sangatlah suka ...
Hari ni nak share sambal belacan kuini. ..Kebetulan ada sebiji buah kuini yang dah masak ...semerbak satu rumah...kebetulan ada anak lelaki bujang tolong tumbuk sambal... Alahai bahagianya ibu ada orang tolong masak ...jom apalagi... kita buat sambal belacan buah kuini...
BAHAN-BAHAN :
sebiji buah kuini yang masak -saya parut isinya
3 biji cili merah besar
8 biji cilipadi
1 inci belacan -bakar
1 sudu kecil garam halus
Sedikit perasa jika suka
# Tumbuk lumat cili & belacan .
# Masukkan isi kuini dan gaul rata .
# Masukkan garam & bahan perasa. Gaul sebati .
# Sedia dihidang bersama ulam-ulaman.
SELAMAT MENCUBA !!!😋