So, hari ni nak update resepi biskut almond london yang saya buat semalam... Satu adunan dapat 182biji... Tu buat besar2 jgklah kalau kecil-kecil mesti dapat lebih... Yang penting puas hati dengan hasilnya... Maklumlah skill membuat biskut setahun sekali ..Nak buat lagi next year pulaklah... itupun kalau ada kerajinan hihi...
Biji badam yang telah dibakar terlebih dahulu |
Bahan-bahan :
1 ketul buttercup/250gm
6 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Sebiji telur - guna telur gred C & B je.Kalau guna A ambil kuning telur je ye...
3 1/2 cawan tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
4 sudu makan serbuk badam
Biji badam - sangai / bakar (saya bakar 100'c selama 30 minit)
Paper cup hitam secukupnya
Coklat masakan yang telah dicairkan
Badam cincang yang telah dibakar |
200gm coklat masakan (saya guna jenama mak nona)
1 sudu kecil minyak masak
* cairkan dengan kaedah double boiler
Jumlah coklat masakan yang saya gunakan utk 182 biji biskut ini ialah 600gm iaitu 3 bar coklat masakan. Saya cairkan satu2.... Dah habis baru cairkan lagi... Takut membazir...
Badam cincang secukupnya (bakar 100'c selama 10 minit)
1. Gaul rata buttercup, susu pekat dan esen vanilla. Guna senduk kayu je.
2. Masukkan pula telur dan gaul sebati.
3. Masukkan 2 cawan tepung self-raising, serbuk badam , tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
4. Masukkan baki tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
5. Ambil sedikit adunan, masukkan sebiji badam dan buat bentuk bujur. Buat hingga habis dan susun di atas loyang.
6. Bakar pada suhu 150'c selama 25-30minit.
7. Biarkan biskut sejuk. Masukkan ke dalam paper cup.
8. Curah dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan sedikit badam cincang.
9. Biarkan coklat mengeras.
10. Simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!!!