Selasa, 12 Jun 2018

SEMPERIT SUSU

SEMPERIT SUSU suder duper rangup 'iza style'

Alhamdulillah....3 bahan je diperlukan untuk menghasilkan biskut ini...rangup,lemak2 manis,masin skit...sbb penggunaan salted butter...sesiapa yang tak suka masin boleh guna butter unsalted...
Sebab apa saya suka guna resepi ni sbb penggunaan bahan yang sangat mudah,adunan lembut mudah dicetak & hasil sebelum & selepas yang kekal cantik...yang lebih penting rasanya yang sedap...rangup & cair di mulut...
Biskut wajib setiap kali hari raya...





Bahan-bahan:
1 ketul buttercup
3/4 cawan susu pekat- tak suka manis boleh kurangkan
400gm tepung jagung


Caranya:
Sebatikan butter & susu pekat.Guna senduk kayu je...Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sebati.
Terap semperit menggunakan acuan pecah 15.
Bakar 170'c selama 20 minit.
Biarkan betul-betul sejuk & simpan di dalam bekas kedap udara.

# Kalau tak jadi jangan salahkan resepi ye...InshaAllah jadi sebab saya dah gunakan resepi ni bertahun-tahun berniaga.

SELAMAT MENCUBA!!!


Khamis, 1 Mac 2018

ROTI JALA SIMPLY DELICIOUS

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Lama tak menjala roti...salah satu sebab rakyat kat rumah dah berkurang...tukang makan takde jadinya semangat menjala roti pun kureng...tapi bila si bujang balik asrama dan request nak makan roti jala yang ibu masak, rasa terharu pulak....katanya rindu roti jala ibu, makan kat asrama tak puas dan sesedap yang ibu masak katanya....hmmmm.... ibu dengar ke sebak rasa automatik terus niat nak buat...
Maka, esoknya terjadilah roti jala...puas hati tgk anak makan...

ROTI JALA
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 cawan air
1 sudu teh garam halus
Sedikit pewarna kuning

# blender semua bahan. Tapis dan masukkan dalam botol roti jala.Pastu menjalalah atas kuali non stick ye...

KUAH KARI AYAM
1/2 ekor ayam- potong kecil
10 biji bawang merah- blender
5 ulas bawang putih- blender
1 sudu makan cili kisar
1 peket rempah kari daging - bancuh dengan sedikit air dan jadikan pes
1 cawan santan
4 biji kentang - potong kecil
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Caranya:
1.Panaskan minyak.Tumis bahan yang diblender hingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar & tumis lagi.
3. Masukkan pula pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Gaul & masak sebentar.
5. Tambah air, kentang. Masak hingga empuk.
6. Masukkan santan & garam secukupnya.
7. Biar hingga santan betul-betul masak.
8. Tutup api dan hidang bersama roti jala.

SELAMAT MENCUBA!!!

Jumaat, 23 Februari 2018

SUP DAGING SIMPLE (iza style)

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...Hari ni nak kongsi resepi sup daging yang sangat simple dan sedap...kenapa bubuh 'iza style'? Nama panggilan saya jugak tu...ada orang panggil fiza,fizz,jaja,noha,ja,zah & iza...
Jom jenguk resepinya...



SUP DAGING
1 kg daging lembu tetel
10 ulas bawang merah-tumbuk
5 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia- hiris
Rempah sekawan
Carot - potong kecil
3 biji kentang -potong 4
Daun sup- potong
5 ulas bawang merah- hiris nipis dan goreng garing
Sedikit minyak masak
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Sup bunjut

CARANYA:
1. Panaskan minyak.Tumis rempah sekawan,halia & bawang yang ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daging & gaul sebati.
3. Tambah air secukupnya.Masukkan pula sup bunjut,carot dan kentang.
4. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Masukkn garam dan lada sulah.
5. Tutup api dan masukkan bawang goreng & daun sup.
6. Sedia untuk dihidang.

SAMBAL KICAP
20 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
Sedikit air
# Blend/ tumbuk lada & bawang putih. Masukkan kicap dan gaul sebati.
Hidang bersama-sama sup daging tetel & nasi putih panas...Fuh!!! Terangkat!!!

SELAMAT MENCUBA!!!

Rabu, 14 Jun 2017

BINGKA PANDAN TANPA TELUR

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan....







Hari ni saya nak berkongsi resepi kuih bingka pandan tanpa guna telur....resepi-resepi bingka sebelum ni kebanyakannya menggunakan telur tapi resepi memang tiada telur....sedap juga....oh ya sebelum tu nak cerita jugak...ada orang sebut kuih bingka ni....kuih bakar...ada jugak yang sebut bengkang...tapi yang penting kuih yang sama cuma nama panggilan je lain....


BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
2 cawan air pandan(blender 5 helai daun pandan dengan sedikit air. Tapis dan jadikan 2 cawan)
sedikit garam
3 sudu makan marjerin
sedikit bijan
sedikit pewarna hijau


CARA-CARANYA:
Blender semua bahan hingga sebati kecuali bijan.
Alaskan loyang dan tuang adunan yang telah diblender tadi.
Taburkan bijan di atasnya.
Bakar selama 1 jam 40 minit api atas bawah, 20 minit api atas sahaja pada suhu 180'c.
Biarkan sejuk barulah potong dengan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!

Selasa, 13 Jun 2017

KEK MARBLE PANDAN COKLAT YANG SANGAT MOIST DAN GEBU

Assalamualaikum dan salam Ramadhan....



Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal....mesti masing-masing sibuk dengan persiapan raya kan....beli baju raya, buat biskut raya dan tak ketinggalan membelek resepi-resepi kek untuk dibuat menjelang raya nanti. Di sini saya akan kongsikan resepi kek marble pandan coklat yang sangatlah moist dan gebu. Saya memang tersangat suka membuat kek marble ni...sungguh menepati citarasa....Memang tak akan rugi mencubanya....

Jom check it out resepinya!!!


BAHAN-BAHAN:

Bahan A
5 biji telur
1 sudu makan ovalette
3/4 cawan gula kastor
* mix sampai gebu

Bahan B
2 1/2 cawan tepung berserbuk penaik
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan serbuk santan
*Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A dan gaul sebati.

Bahan C
2 cawan/8 sudu makan marjerin
1 cawan susu pekat
* mix sampai gebu

Bahan D
sedikit perasa pandan( 1 sudu kecil)
sedikit pewarna hijau gelap
3 sudu makan serbuk koko





1.Bahan A & B yang telah digaul sebati tadi dicampur sebati dengan Bahan C.
2.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diletakkan perasa pandan dan satu bahagian lagi diletakkan serbuk koko.
3.Sapukan sedikit minyak pada dasar loyang dan alas dan alas dengan baking paper.
4.Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam loyang hingga habis.
5.Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 170'c selama 40minit dan bakar lagi 20 minit pada suhu 160'c.
6.Bila kek dah masak terus telangkupkan pada redai kek supaya kek tidak turun. Biarkan 5-10 minit barulah diterbalikkan semula.
7.Biarkan kek sejuk barulah di potong.



SELAMAT MENCUBA!!!

Selasa, 6 Jun 2017

MEE KARI TERSANGATLAH MUDAH DAN SEDAP....

Assalamualaikum dan selamat malam....



Resepi mee kari ni tersangatlah simple dan mudah....Sedap....memang sedap...tp sedap tu subjektif...mungkin kita rasa sedap tapi mungkin orang lain tidak...Bagi saya resepi mee kari ni menepati citarasa saya...apa yang penting anak-anak dan suami suka....lebih-lebih lagi anak lelaki yang sulong memang hantu mee...apa jenis masakan mee memang dia suka...makan bertambah-tambah...


BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning- celur
rempah sekawan
sedikit minyak untuk menumis
1 peket rempah kari daging
2 sudu makan cili kisar
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 sudu makan udang kering
seekor ayam- potong kecil
20 biji fishball -potong dua
3 fishcake - hiris nipis
kacang panjang
air secukupnya
1 cawan santan pekat
5 sudu kecil garam halus (bergantung kepada jumlah air)
1 sudu makan gula
2 kiub pati ayam knorr
sedikit serbuk perasa
*blender bahan yang bertanda


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis rempah sekawan dan bahan yang diblender hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sebentar.
3. Masukkan pula serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan ayam dan biarkan sebentar.
5. Tambahkan air secukupnya, kacang panjang, fishcakes, fishball dan biarkan mendidih sebentar.
6. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan  kuah mereneh dengan api kecil.Tambah garam, gula dan serbuk perasa.Pastikan kuah selalu dikacau dan biarkan mendidih lama sedikit supaya santan tak pecah minyak dan kuah masak sempurna serta tak mudah basi.

SELAMAT MENCUBA!!!

TALAM KELADI

Assalamualaikum dan selamat petang...






Kuih talam keladi...penggemar kuih-kuih tradisonal bolehlah cuba ye...senang je...




LAPIS BAWAH
BAHAN-BAHANNYA:

keladi di potong dadu dan rebus hingga empuk

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1 cawan keladi (potong dadu dan rebus hingga empuk)
2 cawan santan pekat
2 cawan air

CARA-CARANYA:



1. Campur semua bahan kecuali keladi.
2. Gaul sebati dan blender bahan-bahan tersebut.
3. Jerang atas api dan masukkan keladi.
4. Masak hingga adunan pekat.



 5. Sapu sedikit minyak dan alas dengan plastik/kertas aluminium.




6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus 20 minit.
7. Bila dah masak cakar sedikit permukaan kuih dengan garpu.


LAPIS ATAS
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung jagung
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit perasa keladi

Sedikit pewarna ungu

CARA-CARANYA:


1. Gaul sebati dan blender semua bahan.
2. Masak sebentar lebih kurang 5 minit.



3. Tuang ke atas lapisan yang telah dikukus tadi.
4. Kukus lagi 30 minit.




5. Biarkan sejuk barulah dipotong.


SELAMAT MENCUBA!!!