Memaparkan catatan dengan label BIHUN SUP UTARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BIHUN SUP UTARA. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mei 2019

BIHUN SUP UTARA

Assalamualaikum & salam Ramadhan ...

Bihun  sup  utara

Bihun  sup  utara ...berbeza  dengan bihun  sup  di  negeri-negeri lain...uniknya  bihun  sup  utara  ni  bihunnya  berwarna  kuning  dan  dihidangkan  bersama  sambil cili merah  berbanding  sambal  kicap  yang  biasa  dihidangkan  bersama  bihun  sup...

Bihun  sup  ni  sedap  digandingkan  dengan  sup  daging/sup tulang & mestilah  betul-betul  lembut & empuk  kalau  tak  spoil selera  makan....

Jom  kita  tengok  resepinya... .

BIHUN KUNING
1 peket  bihun
1 sudu  makan  serbuk  kunyit
# Didihkan  air  hingga  mendidih .Masukkan  serbuk  kunyit. Masukkan  bihun & kacau  sekejap  dan toskan .Jangan  terlalu  lama  nanti  bihun  jadi  lembik pulak ...


SUP  TULANG
1 kg tulang  dicampur  sedikit  daging
2 batang  serai -ketuk
2 inci  halia -ketuk
*4 ulas  bawang  merah -tumbuk
* 4 ulas  bawang  putih  -tumbuk
Rempah sekawan
Sedikit batang  daun  sup
1/2 sudu  teh  lada  hitam  ditumbuk  kasar
3-4 liter  air

# Panaskan  sedikit minyak. Tumis rempah  sekawan  & bahan  tumbuk  hingga  naik  bau.
# Masukkan  semua  bahan  dalam  periuk  & rebus  hingga  tulang  & daging  empuk .
Saya  guna  pressure cooker  jer ...Setting  untuk  sup  tulang. Cepat  & mudah.


SAMBAL  CILI  MERAH
3 senduk  cili  kisar
* 3 ulas  bawang  merah -tumbuk
* 3 ulas  bawang  putih  -tumbuk
1 keping  asam  keping
Garam  & gula  secukupnya
1/2 cawan  minyak  masak

# Panaskan  minyak. Tumis  bahan  tumbuk  hingga  wangi. Masukkan  pula  cili  kisar & masak  hingga  pecah  minyak .
Masukkan  asam  keping,sedikit air ,garam  & gula. Masak  hingga  sedikit pekat.


SAMBAL  KICAP
20 biji  cili  padi
3 ulas  bawang  putih
Kicap  manis
Garam  & gula secukupnya
Sedikit  air
# Blender semua  bahan 


BAHAN  SAMPINGAN
Daun  sup
Daun  bawang
Lobak  masin
Bawang  goreng
Asam  limau


SELAMAT  MENCUBA !!!😋