Memaparkan catatan dengan label KEK CHEESE LELEH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK CHEESE LELEH. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Februari 2019

KEK CHEESE LELEH SUPER AWESOME

Assalamualaikum & selamat  malam ...



Gebu  gebas  kek  yang terhasil



Resepi  kek  terakhir  malam  ini ...kek cheese  leleh  versi  fieza  delights...kek yang  mendapat  permintaan  paling  tinggi .. .Memang  super  awesome....tak salah  berkongsi resepi...moga  bermanfaat  untuk  semua ...


5 biji  telur  gred  A
1 sudu  kecil  esen  vanilla
2 sudu  makan  ovalette
1/4 cawan  susu  cair
1 cawan  gula  kastor
1 sudu  makan  susu  tepung
# Putar  semua  bahan  di  atas  hingga  gebu.

# Masukkan  2 cawan  tepung  berserbuk  penaik  (jenama  Bluekey) sedikit  demi  sedikit  & mix hingga  sebati.

# Masukkan 3 sudu  makan  minyak  & kaup  balik  menggunakan spatula.

#Sapu loyang  saiz  9 inci & alas  dengan  baking  paper . Sapu  rata  sedikit  minyak  di  atas  permukaan  baking paper tadi .


Kek  selepas  dikukus  terus  diterbalikkan  supaya  tidak  mendap .Biarkan  kek  sejuk  baru  dicurahkan topping cheese. 



# Tuang  adunan  kek  ke  dalam  loyang  & ratakan. Hentak  beberapa  kali  supaya  adunan  rata  dan  mampat .Kukus  selama  45 minit.


Curahkan  topping cheese ke  atas  kek  & parutkan keju  cheddar  ke  atas  kek .


Topping  cheese  leleh
250gm cream cheese
1 cawan  susu  pekat
1/4 cawan  susu  cair
# Blender ketiga-tiga bahan  sebati .


# Kek yang sudah  sejuk  dibelah  2. Tuang  sedikit  topping cheese & ratakan . Letak  lapisan  kedua .Tuang kesemua  topping cheese  & ratakan  hingga  meleleh .

# Parutkan  keju  cheddar  ke  atas  kek.

# Simpan  kek  di  dalam  peti  sejuk  beberapa  jam .Hias  kek  ikut  kreativiti  masing -masing.


SELAMAT MENCUBA!!!