Memaparkan catatan dengan label MEE GORENG MUDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEE GORENG MUDAH. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2019

MEE GORENG MUDAH

Assalamualaikum  & selamat  malam ...

Mee  goreng  mudah ...santapan  makan  malam  ni ...sangat-sangat  mudah....guna  perencah  ready  made  jer...


Bahan-bahan  :
1 peket  mee  kuning  -basuh  & toskan 
1 peket  perencah  mee  goreng  adabi 
3 ulas  bawang  putih  - ketuk  & hiris  nipis 
Isi  ayam 
Sawi 
Taugeh 
Fishcakes  - potong nipis
Kicap  manis  secukupnya 
1 sudu  makan  knorr  pasti  sedap


Perencah  mee  goreng adabi


Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit  minyak .Tumis  bawang  putih  hingga  agak  garing .
2. Kemudian, masukkan  pula  isi  ayam . Masak  sebentar. 
3. Masukkan pula  fishcakes  & masak  sebentar . Masukkan pula  perencah  mee  goreng  adabi. 
4. Masukkan  batang  sawi  & masak  hingga  layu .
5. Masukkan  mee  kuning  & gaul  sebati .
6. Kemudian, masukkan  taugeh  & daun  sawi .Gaul  sebati .
7. Tambahkan  1 sudu  makan  knorr  pasti  sedap  & kicap  secukupnya. Gaul  sebati .
8. Biarkan  sebentar  hingga  masak .
9. Sedia  untuk  dihidang .


SELAMAT  MENCUBA !!!😋