Mee goreng mudah ...santapan makan malam ni ...sangat-sangat mudah....guna perencah ready made jer...
Bahan-bahan :
1 peket mee kuning -basuh & toskan
1 peket perencah mee goreng adabi
3 ulas bawang putih - ketuk & hiris nipis
Isi ayam
Sawi
Taugeh
Fishcakes - potong nipis
Kicap manis secukupnya
1 sudu makan knorr pasti sedap
Perencah mee goreng adabi |
Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit minyak .Tumis bawang putih hingga agak garing .
2. Kemudian, masukkan pula isi ayam . Masak sebentar.
3. Masukkan pula fishcakes & masak sebentar . Masukkan pula perencah mee goreng adabi.
4. Masukkan batang sawi & masak hingga layu .
5. Masukkan mee kuning & gaul sebati .
6. Kemudian, masukkan taugeh & daun sawi .Gaul sebati .
7. Tambahkan 1 sudu makan knorr pasti sedap & kicap secukupnya. Gaul sebati .
8. Biarkan sebentar hingga masak .
9. Sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan