Memaparkan catatan dengan label SPAGHETTI BOLOGNESE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPAGHETTI BOLOGNESE. Papar semua catatan

Khamis, 7 Februari 2019

SPAGHETTI BOLOGNESE SEMUDAH ABC

Assalamualaikum & selamat pagi...



Resepi  spaghetti bolognese semudah  ABC...kalau nak  menu express inilah  antaranya  resepinya ...tak sampai  30minit siap...




Bahan-bahan :
1 bungkus  spaghetti
Sebiji  bawang besar - cincang
3 ulas  bawang putih - cincang
1 tiub  ayam  cincang
1 botol  sos  bolognese
3 sudu  kecil  garam  halus
2 sudu  makan  gula


Cara merebus spaghetti  :

Rebus spaghetti hingga  lembut. Bubuh  sedikit  minyak  & garam  halus. Toskan  & basuh  dengan  air sejuk .



Spaghetti  yang siap  direbus




Cara memasak kuah  bolognese :

Panaskan  sedikit  minyak


Tumis  bawang besar & bawang putih  yang telah  dicincang


Tumis  hingga  agak  garing 


Masukkan  ayam  cincang


Masukkan sedikit  air & masak  sebentar  hingga  ayam  masak


Masukkan pula  sos  bolognese & gaul  sebati 


Tambah  air.Sukat 1 botol  sos  bolognese  tadi.



Tambah  garam  & gula  secukupnya. Kalau  suka  kuah  masam  tak  payah  bubuh gula  pun takpe ...


Senang  je  kan....
SELAMAT MENCUBA!!!!😋😋😋