Resepi spaghetti bolognese semudah ABC...kalau nak menu express inilah antaranya resepinya ...tak sampai 30minit siap...
Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti
Sebiji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 tiub ayam cincang
1 botol sos bolognese
3 sudu kecil garam halus
2 sudu makan gula
Cara merebus spaghetti :
Rebus spaghetti hingga lembut. Bubuh sedikit minyak & garam halus. Toskan & basuh dengan air sejuk .
Spaghetti yang siap direbus
Cara memasak kuah bolognese :
Panaskan sedikit minyak
Tumis bawang besar & bawang putih yang telah dicincang
Tumis hingga agak garing
Masukkan ayam cincang
Masukkan sedikit air & masak sebentar hingga ayam masak
Masukkan pula sos bolognese & gaul sebati
Tambah air.Sukat 1 botol sos bolognese tadi.
Tambah garam & gula secukupnya. Kalau suka kuah masam tak payah bubuh gula pun takpe ...
Senang je kan....
SELAMAT MENCUBA!!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan