KEK BATIK
1 kilo biskut marie
1 ketul buttercup/4 sudu besar
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan air panas
4 biji telur
Cara membuatnya :
1.
Biskut marie dipatah-patahkan 2 @ 4
bahagian.
2.
Tuangkan air panas di dalam jug kecil.
Bancuh gula, milo, serbuk koko dan susu pekat.
3.
Cairkan marjerin. Masukkan bancuhan milo
tadi. Masak sehingga mendidih.
4.
Masukkan telur yang telah dipukul terlebih
dahulu. Masak sehingga hampir likat.
5.
Tutup api. Masukkan biskut marie dan gaul
rata. Pastikan biskut marie bersalut dengan coklat.
6.
Ambil sedikit biskut marie yang telah
bersalut dan tekan padat ke dalam acuan. Buat sehingga habis. Pastikan tekan
dengan padat.
7.
Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih
kurang 3 jam.
8.
Potong dan boleh dihidang. Yummy!!!
SELAMAT MENCUBA!!!
1 ulasan:
yummylicious!!! rugi kalau tak cuba...
Catat Ulasan