Jumaat, 30 Januari 2015

MURTABAK DAGING CREAM CRACKERS YANG SEDAP


murtabak cream crackers
 

Bahan-bahan :

1.   500gm biskut cream crackers

2.   500gm daging kisar/daging burger

3.   1 biji bawang besar cincang

4.   5 biji cili merah potong kecil-kecil

5.   Daun bawang/daun sup potong kecil-kecil

6.   6 biji telur

7.   300gm susu cair

8.   Sedikit garam

9.   Loyang 8x8

Bahan kisar :

10.                3 biji bawang putih

11.                1 inci halia

12.                1 biji bawang besar

13.                1 sudu makan cili kisar

14.                3 sudu makan rempah kari daging

 

Cara membuatnya :

1.   Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

2.   Masukkan ½ cawan air. Masukkan daging kisar. Renehkan hingga daging betul-betul masak.

3.   Perlahankan api. Masukkan daun sup. Tutup api.

4.   Pecahkan 6 biji telur. Pukul sedikit dan tuangkan ke dalam adunan daging tadi. Gaul rata.

5.   Bahagikan kepada 3 bahagian.

6.   Ambil 9 keping biskut. Masukkan dalam susu panas. Sekejap je jangan lama-lama nanti kembang pulak.

7.   Tuang adunan daging yang pertama dan ratakan.

8.   Buat hingga 3 lapisan.

9.   Bakar di dalam oven 180’c selama 45minit.

10.                Siap…

SELAMAT MENCUBA…

 

Tiada ulasan: