Jumaat, 30 Januari 2015

KEK KUKUS ASAM MANIS YANG SEMPOI


KEK ASAM KUKUS SEMPOI
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Hari ni buka peti sejuk nampak pulak stok hawflakes yang banyak. Aduh nak buat apa ye...nak buat kek lapis macam takde kerajinan jer...so mengooglelah...cari resepi kek yang guna hawflakes...belek punya belek terjumpa resepi kek asam kukus yang sangat mudah tak perlu lapis-lapis...bahan pun semua dah ada kat dapur..
kek kukus asam manis sempoi
 
So trylah buat sukatan asal guna gram tapi untuk resepi simpanan sendiri tukar kepada sukatan cawan dan sudu...almaklumlah mudah lepas ni bila nak buat lagi tak payah nak timbang-timbang kan...
 
 

Bahan-bahan:

1. 325gm mentega/marjerin (saya bubuh 8 sudu besar marjerin)

2. 250 gm gula kastor (saya bubuh 1 ¼ cawan)

3. 6 biji telur

4. 300gm tepung naik sendiri (saya bubuh 2 ¾ cawan)

5. 100gm kepingan asam/hawflakes hiris halus

6. 1 sudu kecil esen vanilla

7. Loyang 8x8 (Lenser dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak)

 

Cara membuatnya:

1.   Pukul marjerin dan gula hingga kembang menggunkan mixer.

2.   Masukkan telur satu persatu dan putar lagi…

3.   Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

4.   Gaul sebati tepung menggunakan senduk kayu.

5.   Masukkan hawflakes yang telah dihiris nipis. Gaul sebati.

6.   Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan semasa mengukus.

7.   Kukus kek selama 1 jam dengan api yang kuat. Pastikan air sudah mendidih terlebih dulu.

8.   Sejukkan pada suhu bilik dan bolehlah dihidangkan.

9.   Siap…

SELAMAT MENCUBA

 

Tiada ulasan: