Rabu, 22 April 2015
KEK MARBLE GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (jenama blue key)
* kalau xde ayak 1 1/2 cawan tepung gandum dengan 1 sudu teh baking powder
1 cawan gula kastor
5 sudu besar marjerin/ seketul buttercup
4 biji telur
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat
sedikit esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco
CARA-CARANYA :
1. Panaskan oven 160'c hingga 175 'c mengikut oven masing-masing ye.
2. Pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan ovalette, susu pekat dan esen vanilla. Adun sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5. Ambil sedikit adunan lebih kurang 3 sudu besar dan gaul rata bersama serbuk koko dan coklat emulco.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas minyak.
7. Tuangkan adunan asal. Letakkan adunan coklat dan buat sedikit corak marble.
8. Bakar kek selama 30-40 minit api atas bawah atau hingga masak.
9. Sejukkan dan boleh dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan