KUIH KOCI
Bahan adunan tepung :
300gm tepung pulut
250ml air
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Caranya :
Campur tepung pulut, tepung gandum, air dan garam. Gaul sebati.
Bahan inti :
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
3 sudu makan gula putih
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung/gandum
Caranya : Masukkan air, gula merah, gula putih dan daun pandan di dalam kuali. Buka api dan masak hingga gula mencair. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak inti hingga likat.
Bahan santan
250ml santan pekat
3 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
sedikit garam
Caranya : Masakkan santan, air dan tepung jagung hingga mendidih. Letakkan sedikit garam dan sejukkan.
Cara membuat kuih koci
Ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur dengan api. Letakkan adunan tepung pulut dan sudukan inti. Buat bulat-bulat letak santan dan tutup kemas dengan daun pisang. Kukus 15 minit, angkat dan sejukkan. Boleh dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang.
SELAMAT MENCUBA!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan