Sabtu, 20 Jun 2015

KEK OREN KUKUS


Assalamualaikum dan salam petang...

Petang ni nak berkongsi resepi kek oren yang sangatlah mudah...rasa ringan je keknya...tak manis sangat keknya...ala manis-manis buah gitu...jom jenguk resepinya...



BAHAN-BAHAN :

5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1/2 cawan pati oren sunquick
2 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan ovalette
sedikit pewarna oren



CARA MEMBUATNYA :
1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan pula susu pekat dan minyak masak. Putar lagi hingga kembang.
3. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diadun dengan warna oren.
5. Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak pada acuan.
6. Tuangkan adunan warna oren, warna asal berselang seli hingga habis.
7. Tutup acuan dengan kertas aluminium.
8. Bila air dah mengelegak, kukus kek 45-1 jam @ hingga masak.

# Selepas 45 minit check kek dah masak ke belum dengan mencucuk kek dengan lidi/pisau. Kalau kek tak melekat maknanya dah masaklah tu...kalau belum, tambah lagi masa mengukus...

Tiada ulasan: