Sabtu, 20 Jun 2015
PUDING ROTI BERSOS KASTARD
Bahan-bahan :
Bahan A
2 cawan susu segar / full cream
8 keping roti
Bahan B
4 sudu makan gula kastor
2 sudu makan mentega
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan kismis
Bahan C(Sos)
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
Cara- caranya :
1. Koyakkan roti & susun rapat-rapat dalam loyang. Tuangkan susu dan biarkan 20 minit.
2. Gaul sebati Bahan B dengan menggunakan whisk. Tuang ke dalam loyang berisi roti tadi.
3. Panaskan oven 180'c. Bakar adunan 30-45 minit. Nak garing boleh bakar lebih lama.
4. Untuk sos, masak Bahan C dengan api yang kecil hingga agak pekat.
5. Puding roti ni sedap dimakan sejuk. Jadi, simpan puding dalam peti sejuk, bila nak makan baru potong dan tuang sos kastard di atasnya. Yummy...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan