Ahad, 7 Jun 2015

MEE KARI SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam Rabu...




Hari ini baru berkesempatan meng'update' blog...almaklumlah sibuk dengan aktiviti di tempat kerja mahupun di rumah...penat bekerja balik rumah bersilat pulak dengan kerja-kerja rumah....alahai nak buat camnekan dah tanggungjawab...akulah seorang ibu, isteri & guru...hehe...

Mee kari ialah antara makanan kegemaran anak-anak saya terutama abang yang sulung tu...Kalau ibunya masak mee kari seronok sangat tengok dia makan...berselera sungguh...Sebab tu bila masak mee kari saya akan pastikan masak lebih supaya stok cukup untuk makan lunch sampailah makan malam...puas diaorang makan...jimat pun jimat... masak sekali je...

Sebenarnya dah buat mee kari ni hari jumaat lepas anak yang request katanya makan kat kedai tak puas tak boleh tambah-tambah...oklah nak, untuk kamu ibu sanggup masakkan mee kari yang super sedap ni...suami dan anak-anak makan bertambah-tambah...Rasa puas hati sangat...


Jom intai resepinya :

Bahan-bahan :

1 peket mee kuning - celur dan toskan

Bahan-bahan hiasan
daun sup-hiris halus
daun bawang - hiris halus
limau kasturi - belah dua
cili merah - hiris kecil
taugeh- celur dan toskan


mee kari tanpa hiasan daun



Bahan kuah 
1 peket rempah kari daging - bancuh dengan satu 1/2 sudu asam jawa & sedikit air
2 sudu besar cili kisar- nak lebih pedas boleh tambah
1 kotak kecil santan
1/2 ekor ayam- potong kecil
1 cawan udang - lebih kurang 10 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan udang kering - rendam
5 biji bawang kecil - kisar
4 ulas bawang putih- kisar
1 inci halia - kisar
2 batang serai - titik
rempah sekawan (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
2 kiub pati ikan bilis
5 cawan air stok udang
2 tangkai daun kari
kacang panjang- potong kecil
fishball - dibelah 2
fishcake - dipotong nipis
garam dan gula secukupnya
1/2 senduk minyak masak

Cara buat stok udang
1. Kupas kulit udang. Asingkan isi dan kulit. Didihkan 5 cawan air dan rebus kulit udang hingga mendidih. Kisar kulit dan air rebusan dan tapis. Masukkan udang basah dan udang kering dan kisar hingga benar-benar lumat.

Cara memasak kuah
1. Panaskan minyak masak. Tumis rempah sekawan, bahan yang dikisar, daun kari dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan pula bancuhan rempah kari. Masak lagi hingga naik minyak. Pastikan guna api yang kecil supaya rempah tak hangit.
3. Masukkan ayam dan masak sebentar. Tuangkan stok udang dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan kacang panjang, fishball, fishcake & kiub pati ikan bilis. 
5. Masukkan pula santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Didihkan hingga santan betul-betul masak. Ini untuk mengelakkan kuah cepat basi.
7. Tuangkan kuah di atas mee kuning dan hias dengan bahan-bahan hiasan.
8. Siap dan boleh dimakan. Sedapnya...





Tiada ulasan: