Isnin, 6 Julai 2015

BEGEDIL IKAN SARDIN

Assalamualaikum dan salam 1M


 
 

Biasa orang buat begedil daging kan...so, hari ni nak share resepi begedil ikan sardin yang sangatlah mudah...


BAHAN-BAHAN:

3 biji kentang saiz sederhana - Kupas dan potong kecil
1 tin ikan sardin - buang kuah ambil isi jer.
2 biji bawang merah- hiris nipis dan digoreng garing
2 biji bawang putih - hiris nipis dan digoreng garing
sedikit daun sup - dicincang
1 biji telur - kocok sedikit guna garpu


CARANYA:
1. Cuci ikan sardin dan hancurkan.
2. Goreng kentang hingga agak garing. Toskan dan lenyek lumat menggunakan alu lesung.
3. Campurkan isi sardin dan bawang yang telah digoreng tadi. Tumbuk lagi hingga lumat.
4. Masukkan daun sup dan gaul sebati. Buat bulat-bulat adunan tadi.
5. Panaskan minyak. Celupkan adunan yang telah dibulatkan tadi dan goreng hingga masak.
6. Toskan dan boleh dihidang. Sedap dimakan dengan nasi panas. Makan macam tu je pun sedap...

Tiada ulasan: