Isnin, 6 Julai 2015

IKAN SIAKAP TIGA RASA


 
 

BAHAN-BAHAN:

Seekor ikan siakap sederhana besar - siang dan lumur dengan garam dan kunyit
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
gula secukup rasa
daun bawang - hiris



CARANYA:

1. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing. Toskan.
2. Untuk sosnya, panaskan minyak. Tumis hirisan bawang dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan yang ditumbuk. Tumis sebentar.
4. Masukkan semua sos, air, garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat.
5.Tuangkan ke atas ikan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.

Tiada ulasan: