Rabu, 29 Julai 2015

NASI DAGING UTARA YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum dan salam 1M


 
 
 
 




BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging -potong sebesar 4 inci dan rebus dengan halia hingga lembut.
3 cawan beras basmathi
2 1/2@ 3 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
2 sudu makan minyak sapi
2 biji tomato - kisar dengan sedikit air
2 sudu makan rempah kurma- bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan kismis
1 helai daun pandan
garam dan gula secukup rasa
* sukatan air bergantung kepada jenis beras

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum buah pelage
1 biji bawang besar - mayang halus
2 ulas bawang putih -mayang halus
1/2 inci halia- hiris halus

CARANYA:
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis dan hirisan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan biarkan sebentar.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato kisar, susu cair dan daging. Biarkan mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Masak nasi seperti biasa.


AIR ASAM
2 biji tomato
5 biji cili padi
2 biji cili besar
1 biji bawang besar
1 inci belacan
1/2 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan susu pekat
sedikit garam

CARANYA:
1. Hiris halus bawang besar, tomato dan cili besar.
2. Tumbuk cili padi, cili besar dan belacan.
3. Masukkan bawang besar, tomato dan cili besar di dalam mangkuk.
4. Tumbuk bahan-bahan tadi separa lumat.
5. Kemudian, masukkan sos tomato, susu pekat dan garam secukup rasa.
6. Gaul sebati.

Tiada ulasan: