Sabtu, 8 Ogos 2015

KEK CREAM CHEESE BLUEBERRY KUKUS YANG SANGAT GEBU

Assalamualaikum....


kek cream cheese blueberry yang gebu

 
kek cream cheese blueberry filling












 
Bereksperimentasi dengan resepi alhamdulillah jadi jugak....yelah resepi asal kek dibakar tapi saya cuba kaedah kukus dengan menambah satu bahan  iaitu soda bikarbonat...
BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega
250 gm cream cheese
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/3 cawan susu cair
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu soda bikarbonat
* ayak tepung dan soda
bluberry filling






CARANYA :
1. Pukul mentega, esen vanilla dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi adunan.
3. Masukkan pula cream cheese dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula susu cair dan putar lagi adunan hingga gebu.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati menggunakan senduk kayu / spatula.
6. Panaskan kukusan dan biarkan air mengelegak. Sapu sedikit minyak pada acuan dan tuang selapis adunan.
7. Dengan menggunakan sudu kecil letakkan blueberry secara dot-dot ke atas adunan tadi. Tutup pula dengan selapis lagi adunan nipis kek. Kemudian, bubuh lagi blueberry filling. Buat hingga adunan habis. Lapisan akhir tak perlu bubuh blueberry filling ye.
8. Hentakkan sedikit acuan supaya kek padat. Tutup permukaan acuan dengan kertas aluminium supaya air kukusan tidak menitik ke dalam kek.
9. Kukus kek selama 45 - 1 jam.
10. Bila dah masak, angkat kek dari pengukus dan terus terbalikkan.
11. Sejukkan dan bolehlah dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan: