Khamis, 6 Ogos 2015

SOTO AYAM BERSANTAN

Assalamualaikum...


 
 
 



Sebelum ni dah pernah post resepi soto ayam...hari ni nak berkongsi resepi soto ayam tapi versi ditambah santan...sedap jugak rupanya kuah soto bila ditambah santan...

Meh jenguk resepinya...

BAHAN SOTO
nasi impit - rebus dan potong dadu
begedil daging
sambal kicap
suhun- digoreng
kacang tanah- digoreng
bawang goreng
taugeh- celur
daun sup - potong kecil
daun bawang - potong kecil
isi ayam yang disiat halus
* untuk resepi sambal kicap boleh klik SINI dan begedil daging klik SINI
 
BAHAN KUAH SOTO

1 ekor ayam -potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu makan lada putih
1 cawan santan pekat
rempah sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
garam
bahan perasa
sup bunjut
2 batang serai- diketuk
air rebusan ayam secukupnya

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

CARANYA:
1. Rebus ayam hingga empuk. Toskan. Asingkan isi dengan tulang.
2. Tumis bahan rempah penumis, bahan kisar hingga wangi. Masukkan air rebusan ayan dan masak hingga mendidih. Masukkan serai, sup bunjut dan lada putih.
3. Masukkan tulang ayam dan masak hingga mendidih. Masukkan garam dan bahan perasa secukupnya.
4. Hidang bersama nasi impit, begedil, sambal  kicap dan bahan hiasan lain.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: