Ahad, 30 Ogos 2015

KURMA DAGING

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



 
 
 
 

Beberapa hari lepas mr. suami bawa balik 1/2 kilo daging kijang...huhu...  tak pernah makan atau masak pun... fikir punya fikir nak masak apa daging kijang ni...tercetuslah ilham nak masak kurma...sedap ke tidak ea...lepas makan     mr. suami bagi respon sedap...Alhamdulillah sedap rupanya daging kijang ni...lebih sedap dari daging lembu tapi tulah harganya jauh lebih mahal dari daging lembu...

Sebenarnya resepi sama je dengan masak kurma daging lembu atau kambing cuma kali ni guna daging kijang...Jom terjah resepinya....


BAHAN-BAHAN :

1/2 kilo daging kijang/ lembu / kambing
rempah sekawan ( 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga)
1 peket kecil rempah kurma (saya guna cap faiza)
1 kotak santan kecil 200ml
2 cawan air
1 biji kentang - potong 4
1 labu bawang besar - potong 4
1 biji tomato - belah 4
1 batang carrot - potong kecil
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan minyak masak
2 batang serai - ketuk
garam secukup rasa

Bahan tumbuk
1 inci halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih



CARANYA :
1. Perap daging dengan rempah kurma. (1/2 jam pun dah cukup)
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis rempah sekawan dan serai. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan daging yang sudah diperap dan kentang. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan air dan masak hingga daging empuk.
5. Masukkan santan, garam, cili hijau, cili merah dan bawang besar. Biarkan hingga pecah minyak.
6. Masukkan pula tomato dan masak hingga layu. Masak sebentar hingga agak pekat.
7. Siap dan bolehlah dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!





Tiada ulasan: