Jumaat, 28 Ogos 2015

MEE KARI KERANG SUPER DELICIOUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...






 
 
 
 
 
 


BAHAN-BAHAN:

Rempah sekawan (1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji  buah pelaga)
2 tangkai daun kari
1 batang serai - diketuk

*5 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
* 2 sudu makan udang kering - cuci, rendam dan toskan

* Blender hingga lumat

1 bungkus mee kuning - celur dan toskan
1/2 ekor ayam - potong kecil, cuci dan toskan
1 cawan isi kerang
#1 peket rempah kari ikan
# 1/2 peket rempah kari daging
# bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan cili kisar
5 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake - potong nipis
10 biji fishball - potong 2
1 kiub pati ikan bilis
kacang panjang - potong lebih kurang 2cm
400 ml santan ( saya guna 2 kotak kecil santan yang 200ml)
garam dan gula secukup rasa


HIASAN
daun bawang dan daun sup - potong kecil
telur - rebus dan belah kecil
cili merah - potong kecil
sawi dan taugeh - celur dan toskan
limau kasturi - belah 2
bawang goreng


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Masukkan rempah sekawan, daun kari dan serai.Tumis sebentar.
2. Masukkan pula bahan yang telah dikisar bersama cili kisar. Tumis lagi sebentar.
3. Masukkan pes rempah kari dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan ayam,  isi kerang,fish cake dan fishball. Masak sebentar.
5. Kemudian masukkan air, kiub ikan bilis, kacang panjang dan biarkan mendidih.
6. Akhir sekali masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan santan masak sempurna.
7.Hidang bersama mee kuning dan bahan hiasan lain.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: