Khamis, 6 Ogos 2015

POPIA GORENG PALING SEMPOI

Assalamualaikum...




Bahan-bahan :

Kulit popia secukupnya
Jejari ketam secukupnya
carot - diparut
daun sup- cincang halus
Maggi secukup rasa - tak letak pun tak apa
1 sudu kecil tepung gandum bancuh dengan sedikit air- sebagai gam

Caranya:
1. Letakkan jejari ketam, sedikit carot dan daun sup di atas kulit popia.
2. Lipat menjadi bentuk popia. Di hujung sapukan sedikit gam tadi supaya popia kemas dan gulungan tidak terbuka.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
4. Toskan dan boleh hidang bersama sos cili.

Tiada ulasan: