Khamis, 3 September 2015

MEE HAILAM BAIK PUNYA

Assalamualaikum dan selamat petang...



 
 
 
 
 


Aduhai...suka sangat makan mee berkuah ni...rasa nikmat sangat...sebab tulah memang simpan kemas-kemas resepi mee hailam ni...dahlah sedap, bahan pun tak susah...campak-campak je siap...memang menu yang cukup sesuai  terutamanya untuk dihidangkan buat tetamu yang tiba-tiba datang mengejut ke rumah...hihi 


BAHAN-BAHAN :

1 bungkus mee kuning - celur dan tos
4 ulas bawang putih - diketuk
2 keping dada ayam yang telah dipotong nipis
5 ekor sotong sederhana yang telah dihiris
20 ekor udang sederhana besar
1 peket fishball
2 tangkai sawi - potong dan asingkan batang dengan daun
1 cawan kubis putih yang dihiris
2 biji telur ayam
1 biji cili merah -potong nipis
1 sudu makan serbuk lada hitam
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
3 cawan air
1 kiub pati ayam ( tak nak letak pun tak apa)
garam secukup rasa
daun bawang & daun sup - potong kecil



CARANYA:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biar hingga lembut.
3. Apabila ayam lembut, masukkan sotong, udang dan fishball.Masak sebentar.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam, cili merah dan tambah lagi air mengikut kesesuaian citarasa masing-masing.
5. Masukkan bahan sayur lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Hidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur tadi. Hias dengan daun bawang dan daun sup.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: