Jumaat, 11 September 2015

MEE KUAH SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...




Akhir-akhir ni tekak terasa nak makan benda-benda berkuah...sebab tu banyak resepi-resepi mee dan bihun berkuah telah dicuba dan resepi yang memang sedap akan di post di sini...mee kuah antara resepi favourite...selain mudah disediakan ia juga menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan

1 peket mee kuning -celur & tos
5 ulas bawang merah- ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 sudu makan cili kisar
2 mangkuk air
1 keping dada ayam - hiris kecil
10 ekor udang - buang kepala
 5 ekor sotong - siang & potong kecil
1 pokok sawi - potong kecil
1 batang lobak merah - potong kecil
1 kiub pati ayam
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
3 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk hingga wangi.Masukkan pula cili kisar dan tumis lagi hingga cili benar- benar- masak.
2.Masukkan ayam dan biarkan masak sebentar.
3.Masukkan air,kiub ayam,sos tomàto, sos cili dan sos tiram.
4. Biarkan mendidih, kemudian masukkan sawi dan lobak merah.Biarkan seketika.
5. Masukkan udang & sotong dan biarkan mendidih lagi.Perasakan  garam secukupnya.
6. Akhir sekali pecahkan telur sebiji demi sebiji dan masak hingga hampir keras.
7. Siap dan boleh hidang bersama hirisan limau kasturi, daun bawang dan bawang goreng.

SELAMAT MENCUBA!!!





Tiada ulasan: