Isnin, 12 Oktober 2015

LASAGNA KULIT ROTI INTI DAGING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


 
 
Kesinambungan dari resepi roti poket sebelum ni...semasa buat roti poket tu akan berlaku lebihan kulit roti....jangan dibuang ye membazir...daripada dibuang, apa kata olah menjadi masakan yang enak dan lazat...sekejap je licin...jom kita ubah kulit roti tu menjadi lasagna yang sangat lazat...





BAHAN-BAHAN:
Kulit roti
Inti daging
keju parut- cheddar & mozarella


Lapisan kulit roti
Kulit roti
500 ml susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil garam

Caranya : Siat-siatkan kulit roti kepada bahagian yang kecil ke dalam bekas.
Campurkan susu, telur dan garam. Pukul sebati. Tuang adunan telur ke atas roti tadi dan biarkan kulit roti tadi kembang.Sementara tunggu kulit roti tadi kembang, bolehlah masak inti dagingnya ye...


inti daging


Lapisan Inti daging
200gm daging/ayam/udang cincang
3 biji bawang merah- tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk lada sulah
garam  dan bahan perasa secukup rasa

Caranya : Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daging dan masak sebentar. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah. Perasakan sedikit garam dan bahan perasa. Masak hingga kering.


CARA MELAPIS LASAGNA : Biar gambar berbicara


 
Step 1 : Ambil separuh roti yang telah direndam dengan susu tadi dan buat lapisan nipis je
Step 2 : lapis pula dengan inti daging
Step 3 : bubuh sedikit keju parut
Step 4 : lapis dengan separuh lagi roti
Step 5: tabur dengan keju parut menutupi lapisan roti
 
 
Dah siap melapis bolehlah dibakar pada suhu 170'c selama 30minit...
 
 
 
 
 
 
Sedap dimakan dengan sos cili dan mayonis....
 
 
SELAMAT MENCUBA!!!
 
 




Tiada ulasan: