Isnin, 12 Oktober 2015

ROTI POKET

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Roti poket yang amat mudah disediakan...sesuai dihidang untuk sarapan pagi dan minum petang...buat dinner pun boleh je...tak payah risau  takut tak jadi sebab memang sangat senang membuatnya...


BAHAN-BAHAN :
Roti gardenia (paket kecil - 12 keping)
daun salad - kalau suka(saya tak bubuh pun)


Cara menekap roti : Lihat gambar ye...



Step 1 : Ambil dua keping roti.
Step 2 : Dengan menggunakan cawan, tekap roti tersebut hingga jadi bulat.
Step 3 : Roti yang telah siap ditekap.
Step 4 (tiada gambar) : Panaskan minyak yang banyak dan goreng roti hingga berwarna keperang-perangan.

roti yang telah siap digoreng



Step 5 : Potong roti kepada 2 bahagian. Jadi sudah poketnya.


roti yang telah dipotong menjadi poket

Sekarang bolehlah masak intinya pulak ye....Jom!!!


Bahan inti:
2 keping dada ayam - potong dadu
2 batang jejari ketam - potong kecil
2 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit keju parut

Caranya :  Biar gambar berbicara...


Step 1 : Panaskan sedikit minyak.
Step 2 : Tumis bahan tumbuk, serbuk lada hitam dan lada sulah hingga wangi.
Step 3 : Masukkan isi ayam dan masak sebentar.
Step 4 : Masukkan pula jejari ketam dan gaul sebati.
             Perasakan dengan garam secukup rasa.
Step 5 : Akhir sekali masukkan sedikit keju parut dan gaul sebati.


Dah siap inti tu...sumbatlah inti dalam roti poket yang telah digoreng tadi. Bubuhlah banyak mana pun...sesuka hatilah...lepas tu bubuhlah sedikit mayonis dan sos cili jika suka....saya suka!!!hihi...
Siap...bolehlah ngap!!!!





SENANG JE... SELAMAT MENCUBA!!!





Tiada ulasan: