Donut lagi...tapi yang ini versi mini super cute dan sangat comel...biasa donut salut gula, topping coklatlah tapi kali ni tukar selera sikit ye...sira dengan sambal....pedas-pedas manis gitu...
Jom terjah resepinya :
BAHAN-BAHAN :
500 gm tepung gandum/tepung roti
1 paket yis mauripan
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil shortening
2 sudu makan gula
2 sudu besar susu tepung/ susu pekat
1 biji telur - pukul sikit
1 sudu kecil garam
200 ml air suam
* penggunaan tepung roti memberikan hasil donut yang lebih gebu...
CARANYA :
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biar 5-10 minit sehingga campuran berbuih.
2. Setelah yis berbuih, ayakkan separuh dari tepung terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul dan garam.
3. Kacau adunan hingga sebati dan melekat pada sudu.
4. Ayak lagi tepung selebihnya, uli dengan tangan hingga tak melekat.
5. Bahagikan doh kepada beberapa doh-doh kecil.
6. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan donut yang kecil. Buat hingga habis doh. Saya dapat hasilkan 135 biji mini donut.
7. Panaskan minyak yang banyak dan goreng donut hingga masak.
8. Tos dan biarkan sejuk.
SIRA SAMBAL
10 batang cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
3 sudu makan gula pasir
1/2 biji bawang besar
garam secukup rasa
* kuantiti gula boleh ditambah kalau suka lebih manis.
CARANYA:
1. Blend cili kering, bawang putih dan bawang besar.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan gula, garam dan sos tomato. Masak hingga agak pekat.
4. Matikan api. Buang lebihan minyak. Masukkan mini donut yang telah siap digoreng tadi dan gaul sebati.
5. Kalau suka boleh tabur dengan sedikit bijan goreng.
6. Siap dan boleh hidang untuk breakfast ataupun minum petang.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan