Biskut tart bunga...cute je biskut ni... Jom check bahan-bahannya...
BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan butter
2 sudu makan gula icing
1 cawan + 4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan susu tepung
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
jem nenas/jem blueberry secukupnya- bulat-bulatkan
CARANYA:
1. Gaul sebati minyak sapi, butter dan gula icing.
2. Masukkan pula telur dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandum, susu tepung, tepung kastard dan tepung jagung.
4. Uli hingga menjadi doh.
5. Canaikan adunan setebal lebih kurang 5mm. Terap dengan acuan tart bunga.
6. Susun di atas loyang dan letakkan di atas tart dengan jem nenas.
7. Bakar selama 15 minit pada suhu 150'c.
8. Biarkan sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan