Khamis, 23 Jun 2016

MEE JAWA simple untuk juadah berbuka puasa

Assalamualaikum dan salam ramadhan...








Hari ni nak post menu juadah berbuka puasa yang simple dan mengenyangkan... Dah separuh bulan berpuasa tekak berasa nak makan mee... So,  semalam berbuka dengan mee jawa.... Orang Johor biasanya panggil mee jawa tapi kat Kedah dipanggil mee rebus...



BAHAN-BAHAN :
1 Bungkus mee kuning - basuh & toskan
1/2 udang kering - rendam hingga lembut
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah sekawan
2 sudu makan cili kisar
1 bungkus rempah kari daging - bancuh dengan sedikit air
1 kilo daging - rebus hingga empuk dan potong kecil
Air rebusan daging secukupnya
1/2 kg keledek oren - rebus hingga empuk dan blender halus
1 cawan gula
2 sudu kecil garam halus
Bahan perasa secukupnya
3 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
* blender halus bawang merah, bawang putih, halia & udang kering



Bahan aksesori:
Daun bawang - potong kecil
Fishcake - hiris nipis dan goreng garing
Hirisan daging yang telah direbus tadi
Lada merah - potong kecil


Caranya:
1.  Panaskan minyak.  Tumis rempah sekawan hingga naik bau.
2.  Masukkan pula bahan yang telah diblender hingga sedikit garing.
3.  Masukkan cili kisar dan tumis sebentar.  Kemudian masukkan pula pes kari daging dan masak hingga terbit minyak.
4. Masukkan air rebusan daging, 1/2 daging yang telah direbus & keledek yang telah diblender tadi.  Masak dalam 15 minit.
5.  Masukkan gula, garam & bahan perasa.  Biarkan lagi mendidih selama 5 minit.
6.  Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan masak kuah hingga agak pekat.  Pastikan api tidak terlalu besar supaya kuah tidak berketul dan hangit.
7.  Hidangkan bersama mee kuning & bahan aksesori yang lain.

SELAMAT MENCUBA!!!



Tiada ulasan: