Dah lebih 2 minggu kita berpuasa... Rasanya perut dah semakin kecil... Bkn sebab dah slim pun... cuma penerimaan perut terhdp kuantiti makanan yg masuk... Tak leh mkn lebih2... cpt kenyang... Hihi... Tekak pun xberasa nak mkn nasi so terfikir menu yang simple dan mengenyangkan... Maka terhasilkan menu yong taufu ni...
Kalau beli kat pasar malam & bazar, mak oi harganya bolehlah tahan mahal... Nak jimat boleh pilih 2, 3 jenis je... Jadi nak makan puas & murah buatlah sendiri ye.. Berbaloi2... Kuah jelah buat sendiri aksesorinya belilah kat kedai frozen/ pasaraya... Memang murah dan puas makan...
BAHAN-BAHAN:
Sosej 10 batang
Ketam fillet 10 batang
Aksesori yong taufu -beli kat kedai frozen/pasaraya
Seikat kangkung
Serbuk kacang tanah
Aksesori yong tau fu |
BAHAN UNTUK KUAH
6 sudu makan gula merah
2 cawan air
3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan cili kisar/serbuk cili
1 sudu makan petis udang- tak nak letak pun xpe
3 sudu makan tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
5 sudu makan sos tiram
1 cawan kicap manis
1 cawan sos cili
Caranya:
1. Masak gula merah dan 2 cawan air hingga larut. Tapis.
2. Masukkan semula air gula merah tadi ke dalam periuk dan buka api.
3. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung gandum.
4. Masak lebih kurang 15 minit supaya campuran benar-benar sebati.
5. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung gandum.
6. Masak kuah hingga agak pekat.
7. Hidang bersama-sama aksesori yong taufu.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan