Kenapalah asyik post resepi biskut yang sama... Actually dah ada dalam list blog tapi... yang ni lebih details dengan sukatan bahan yang lebih memudahkan... banyak juga gambar diselitkan sekali untuk memudahkan sesiapa sahaja yang teringin cuba membuat biskut ni...
BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor
2. 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan
CARANYA:
1. . Gaul sebati butter dan gula kastor.
. 2. Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, cornflakes, badam & coklat cips. Gaul sebati.
4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar.
6. Bakar 20 minit pada suhu 150'c.
7. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan