Isnin, 20 Jun 2016

TART EPAL GULUNG hijau yang sungguh menawan kalbu

Assalamualaikum dan syukur ramadhan....


Hijaunya sungguh menawan kalbu... Sungguh gebu tart ni... Tak rugi mencuba... Letih membuat sedap dimakan...

Jom buat... Saya dah... Anda bila lagi... Hihi....

BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
3 sudu makan susu pekat
2 sudu makan minyak sapi
Sedikit esen vanilla
Sebiji telur
3 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
Sedikit pewarna hijau epal
Kuning telur +sedikit air+pewarna kuning (sebagai gliss)





Jem epal
6 biji epal hijau
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit pewarna hijau
* Blender epal dengan sedikit air.  Masak epal yang telah diblender bersama gula, pewarna hijau dan serbuk kayu manis.  Masak hingga hingga kering dan likat. Biarkan sejuk. Apabila dah sejuk,  bulat-bulatkan jem supaya mudah digulung ke dalam tart.



Cara membuat adunan tart:
1.  Gaul sebati butter, minyak sapi, susu pekat dan esen vanilla.
2.  Masukkan pula telur dan gaul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan semua jenis tepung dan uli hingga menjadi doh.
4.  Letak sedikit pewarna hijau dan uli sekata.
5. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart.
6.  Tekan adunan lebih kurang 3 inci, letakkan jem epal dan gulung kemas. Sapukan di atasnya dengan kuning telur.




7.  Susun di atas loyang pembakar.





8.  Bakar selama 25minit pada suhu 160'c.




9.  Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: