Sabtu, 2 Julai 2016

KEK LAPIS ASAM MANIS seindah takdir cinta....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan....






Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita... Maka syawal akan menjelma... Dah puas buat biskut raya kan untuk persiapan hari raya... apa kata hari raya tahun ni kita hidangkan dengan kek lapis asam manis yang memang sedap... Tetamu pasti akan terpesona dengan lapisan kek yang  berwarna warni dan sedap ni.. Macam kek sarawak je... Lebih kuranglah cuma bahan-bahannya telah diubahsuai mengikut tekak sendiri... Kalau berasa rajin nak buat bolehlah cuba ye... Berjam-jam jugaklah dok depan oven tu...





BAHAN-BAHAN :
450 gm butter- lebih kurang 12 sudu makan
1 cawan gula kastor
6 biji telur gred-A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
20 keping biskut marie - kisar & ayak - sukat 1 cawan
3 pewarna -hijau, kuning & purple
Hawflakes(kepingan asam) secukupnya



Caranya :
1.  Putar gula, esen vanilla, ovalette & butter hingga kembang.
2.  Masukkan pula telur satu persatu sambil adunan diputar hingga habis.
3.  Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga kembang.
4.  Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
5.  Masukkan biskut marie yang telah dikisar dan tapis tadi.
6.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan hijau, kuning & hijau.
7.  Panaskan oven 200'c api atas bawah selama 5 minit.
8.  Sapukan loyang 8x8 inci dengan sedikit butter.
9.  Tuangkan 2 senduk nasi adunan kuning dan ratakan.  Bakar selama 8 minit.
10.  Selepas 8 minit, keluarkan dari oven dan tekan sedikit kek supaya rata.
Tuang adunan kuning lagi.  Untuk lapisan kedua susun kepingan asam di atas adunan dan bakar lagi 8 minit 200'c api atas sahaja.

Cara menyusun kepingan asam

11.  Langkah 9 diulang dan pastikan bakar guna api atas sahaja.  Saya buat 3 lapis kuning, 3 lapis hijau & 3 lapis purple. Kalau nak buat selang seli colour pun boleh. Lapis ke-2, ke-4, ke-6 dan ke-8 letak asam keping ye.
12.  Untuk lapisan terakhir (lapisan ke-9)bakar selama 20 minit pada suhu 130'c dan 5 minit terakhir api atas bawah.
13.  Sejukkan dan bolehlah dipotong.
14.  Kek perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Balut kek dengan plastik sebelum disimpan di dalam peti sejuk



SELAMAT MENCUBA!!!



Tiada ulasan: