Asam pedas...antara menu favourite orang johor ...kalau namanya orang johor tapi tak tahu nak masak menu ni mesti something wrong....rugi rasanya kalau tak tahu ...
Resepi asam pedas yang saya nak share kali ni menggunakan ikan... Kali ni saya guna potongan ikan jenahak ....selain ikan jenahak boleh juga guna ikan pari, ikan kembong ,ikan siakap ,ikan keli,ikan parang mahupun ikan siakap...terpulang citarasa masing-masing .
Asam pedas ni banyak resepi ....ada yang terlalu masam.. .Ada yang terlalu pedas ...yang saya share ni versi saya sendiri mengikut citarasa saya & family sendiri .. Setakat ni feedback sedap ...
Bahan-bahan :
3 keping ikan jenahak
4 sudu makan cili kisar
# 2 biji bawang besar
# 7 ulas bawang putih
# blender
1 cawan air asam jawa - ambil satu sudu kecil asam jawa bancuh dengan air jadikan satu cawan.
6 batang bendi
1 biji tomato - belah 4
Daun kesum
2 bunga kantan - potong serong
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
( Saya guna 5 sudu kecil garam halus & 4 sudu makan gula)
Minyak untuk menumis
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak .Tumis bahan yang diblender & tumis hingga naik bau .
2. Masukkan pula cili kisar & masak hingga pecah minyak .
3. Masukkan air asam jawa, ikan & bendi . Biarkan mendidih .
4. Tambah air secukupnya,daun kesum & bunga kantan. Biarkan masak sebentar.
5.Akhir sekali ,masukkan tomato,garam & gula secukupnya .
6. Biarkan mereneh hingga kuahnya agak pekat . Tutup api.
7. Hidang bersama nasi putih ,hirisan timun ,salad & telur masin .
Fuh !!! Memang marvellous!!!
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan