Pastry fruity cake....sesuai untuk hidangan minum petang....macam-macam resepi & kaedah nak buat ...saya guna kaedah & bahan yang paling mudah.
Bahan-bahan :
125 gm butter (1/2 dari seketul butter)
1 cawan gula kastor
6 sudu makan susu cair
1 sudu kecil cuka + 1sudu makan air perahan limau sunkist
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
# 2 cawan + 4 sudu makan tepung gandum
# 1 1/2 sudu kecil baking powder
# ayak
Strawberry ,blueberry, buah pic(dalam tin secukupnya)
* buah lap kering & gaul dengan sedikit gula ising ( untuk elak buah mendap semasa kek dibakar )
Kek sebelum dibakar
Cara-caranya :
1. Putar mentega & gula hingga kembang .
2. Masukkan susu & putar lagi .
3. Masukkan pula campuran cuka +perahan sunkist. Putar sebentar .
4.Masukkan telur satu persatu diikuti esen vanilla. Putar lagi hingga sebati .
5. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati .
6. Alaskan loyang 8x 8 inci dengan baking paper & sapukan sedikit minyak .
7. Tuang adunan ke dalam loyang. Susun buah -buahan tadi dan bakar 160'c-170'c selama 1 jam,api atas bawah (function kipas )kalau ada .
# suhu oven ikut jenis oven ye memang tak sama....kena adjust sendiri...lepas 30 minit kalau macam nak hangit,turunkan suhu....
SELAMAT MENCUBA !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan