Malam-malam pekena steamboat sedap jugak ye...masak sendiri ...Makan ramai-ramai...memang puas hati ...
Perencah yang digunakan
Bahan-bahan :
Kuah steamboat
1 liter air
1 peket perencah Asam Pedas ADABI
1 peket perencah Tomyam ADABI
1 sudu makan perahan jus limau nipis
3 ketul kiub pati ayam maggi
garam secukupnya
Bahan-bahan steamboat
Sosej
Fillet ketam
Pelbagai jenis balls
Kangkung
Maggi
Cara-caranya :
1. Masak semua bahan untuk kuah steamboat & biarkan menggelegak .
2. Masukkan bahan-bahan steamboat & biarkan hingga masak .
3. Sedia untuk dimakan.
4. Kuah sedia untuk dihirup. Sedap sangat .. .Berpeluh-peluh makan....
SELAMAT MENCUBA!!!! 😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan