Jumaat, 8 Februari 2019

KUIH LAPIS HIJAU KUNING

Assalamualaikum & selamat  pagi ....







Kuih lapis.. .Kuih tradisional...resepi turun  temurun...sesuai disajikan  untuk  sarapan  pagi  atau  minum  petang....
Saya  share resepi  kat  sini  untuk  rujukan bersama ...




Bahan-bahan :
2 cawan  tepung  beras
4 sudu  makan  tepung  gandum
4 sudu  makan  tepung  jagung
1/2 cawan  gula  pasir
2 cawan  santan
2 cawan  air
1 sudu  kecil  garam  halus


Cara-caranya :
1. Campur  semua  bahan  hingga  sebati.
2. Tapis  & bahagi  kepada  2 bahagian.
3. Letak pewarna  hijau  & kuning.
4. Panaskan  pengukus dan  biar  hingga  air  menggelegak .
5. Tuangkan satu  cawan  adunan  kuning  & kukus 5 minit .
6. Tuangkan pula  satu  cawan  adunan  hijau  dan  kukus  lagi  5 minit .Ulang  langkah  5 & 6 hingga  adunan  habis.
7. Untuk  lapisan  terakhir, kukus  20 minit, 5 minit  terakhir  kukus  dengan  buka  tudung  pengukus.
8. Biarkan  kuih  sejuk  baru  potong .


SELAMAT  MENCUBA!!!!😋😋






Tiada ulasan: