Masak lemak cili api... Nak pedas boleh tambah kuantiti cili ...
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 batang serai -ketuk
*6 biji cili padi
*4 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
1 kotak kecil santan
Air secukupnya
2 sudu kecil garam halus
Cara-caranya :
1. Blender bahan yang bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Tumis bahan yang diblender & serai hingga wangi .
4. Masukkan ayam & masak sebentar. Tambah air secukupnya.
5. Masukkan pula santan & garam .Biarkan mendidih hingga ayam benar-benar masak.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan